top of page
Search

BNM turunkan OPR pada 2.75%

Ini merupakan kali pertama OPR turun di bawah 3% sejak Mac 2023.
Ini merupakan kali pertama OPR turun di bawah 3% sejak Mac 2023.

PETALING JAYA:

Bank Negara (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% daripada 3% sebelum ini susulan mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) yang diadakan hari ini.


Ini merupakan kali pertama OPR turun di bawah 3% sejak Mac 2023.

Bank pusat itu berkata penunjuk terkini menandakan pertumbuhan global yang berterusan, disokong oleh perbelanjaan pengguna dan aktiviti yang dilakukan lebih awal.


Ia berkata ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh tetapi ketidakpastian perkembangan luaran akan mempengaruhi prospek pertumbuhan ekonomi negara.

“Pengurangan OPR merupakan langkah awalan yang bertujuan mengekalkan persekitaran pertumbuhan Malaysia yang stabil dalam keadaan prospek inflasi yang sederhana.


“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri,” katanya dalam satu kenyataan.


Bank pusat itu berkata prospek pertumbuhan global dipengaruhi oleh ketidakpastian berhubungperkembangan tarif serta ketegangan geopolitik, menyebabkan ketidakpastian yang lebih ketara dalam pasaran kewangan global dan harga komoditi.


Katanya, perkembangan terkini menunjukkan ekonomi Malaysia terus berkembang pada suku kedua tahun ini, disokong oleh permintaan domestik yang berterusan dan pertumbuhan eksport.


Ia menjangkakan pertumbuhan akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.


BNM turut berkata pertumbuhan guna tenaga dan upah akan menyokong perbelanjaan isi rumah, manakala pengembangan aktiviti pelaburan akan dipacu oleh kemajuan projek berbilang tahun, sama ada awam mahupun swasta, serta pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan.


“Hasil rundingan perdagangan yang menggalakkan, dasar yang menyokong pertumbuhan di negara maju, permintaan barangan elektrik dan elektronik yang berterusan, serta aktiviti pelancongan yang lebih giat boleh meningkatkan prospek eksport Malaysia.


“Bagaimanapun, imbangan risiko kepada prospek pertumbuhan cenderung untuk menjadi perlahan, berpunca terutamanya daripada perdagangan global yang lebih perlahan, sentimen yang lebih lemah, serta pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan,” katanya.


Katanya, inflasi keseluruhan dan teras masing-masing mencatat purata 1.4% dan 1.9% dari Januari hingga Mei, manakala inflasi dijangka kekal sederhana untuk baki tahun ini.


“Prestasi ringgit akan terus didorong terutamanya oleh faktor luaran, dengan prospek ekonomi, pembaharuan struktur dalam negara yang menggalakkan, dan inisiatif dilaksanakan untuk menggalakkan aliran dana, akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada ringgit,” katanya.


source from : freemalaysiatoday

 
 
 

Comments


©2023 by rumah-mampumilik

bottom of page